Friday, May 7, 2010

Cadangan Menghapuskan Ketidakseimbangan Tahap Akademik Antara Lelaki Dan Wanita

  • Wujudkan sistem kuota bg jurusan teknikal.
  • Sistem merit boleh dijadikan syrt utama kemasukan ke IPT.
  • Bilangan pljr dlm sesebuah kelas di sek dikecilkan.
  • Sesuaikan metodologi pengajaran bersesuaian dgn kelompok pljr.
  • Beri mata tambahan @ sistem merit pemberat utk pljr lelaki.
  • Hapuskan sistem sek cmpuran di peringkat rendah.
  • Seimbangkan bilangan guru lelaki & wanita di sek.
  • Guru perlu ambil kira soal kematangan & psikologidlm pendekatan pengajaran.

Moraliti kehidupan zaman sekarang

Syaitan adalah musuh anak Adam yang nyata. Permusuhan yang tidak bersekudahan ini bermula sejak Nabi Adam hinggalah hari kiamat.

Iblis yang dilaknat Allah kerana angkuh, berdendam untuk menyesatkan umat manusia dari jalan yang benar. Berbagai cara dilakukan oleh Iblis dan Syaitan bagi menghalang manusia dari mengikut jalan yang diredai Allah.

Seperti manusia, Iblis juga dianugerah oleh Tuhan kebolehan untuk berfikir. Syaitan-syaitan ini begitu pandai menghasut dan menggoda pemikiran manusia untuk melakukan kerja-kerja maksiat yang dilarang.

Mereka juga bijak menggunakan manusia untuk menyesatkan manusia lain. Tanpa disedari syaitan telah memperkudakan orang Barat dan Yahudi untuk menyesatkan manusia seluruh dunia.

Syaitan telah menggunakan orang Yahudi dan Barat untuk mengangkat nilai-nilai maksiat supaya dilihat mulia oleh manusia.

Siapa saja yang menentang nilai tamaddun yang disaran oleh Yahudi dan Barat yang didokong oleh Syaitan ini, akan dilabel sebagai tidak mengikut aliran masyarakat antarabangsa.

Pakaian yang mendedahkan aurat hingga sekadar memakai coli dan seluar dalam sahaja di tempat awam, tidak dianggap sebagai salah atau tidak bermoral.

Berzina atau melakukan hubungan seks dengan kerelaan tanpa ikatan perkahwinan, bukanlah satu kesalahan yang boleh didakwa dimakamah sivil.

Pertandingan ratu cantik juga dianggap sebagai suatu acara yang sangat berprestij dan bermaruah.

Nilai-nilai maksiat ini mereka angkat menjadi mulia, secara halus mereka didik semua manusia dengan nilai-nilai buruk ini melalui media yang memang dikuasai dan dikawal oleh syaitan-syaitan ini.

Dengan mudah mereka masuk ke rumah kita melalui TV, internet dan VCD, hari-hari pemikiran kita dan anak-anak kita diasuh dengan budaya maksiat yang ingin mereka terapkan.

Anak-anak kita bergaul bebas yang langsung tidak boleh kita kawal. Anak-anak menjadi liar dan keluar rumah ikut suka hati mereka, semua ini adalah asuhan yang mereka dapat yang tersirat disebalik keseronokan menonton filem-filem Hollywood ini.

Melahirkan anak luar nikah bukan lagi menjadi bahan cacian masyarakat, malah di Barat mereka diberi layanan yang baik.

Kita sering ditakutkan dengan hantu-hantu gila seperti pontianak, langsuir, hantu raya, pelesit dan toyol. Sebenarnya, musuh kita yang nyata bukanlah hantu-hantu gila ini, sebaliknya adalah Iblis dan syaitan yang menggunakan manusia Barat dan Yahudi untuk menyesatkan manusia dari jalan yang benar.

Siapa yang cuba melawan arus akan menerima nasib dipinggirkan, dan akan dilabel dengan label-label yang negatif seperti tidak liberal, konservatif, pelampau, fundamental dan sebagainya.

Kalau di zaman lampau, pakaian yang menutup aurat yang biasa dipakai oleh wanita-wanita di waktu itu,melambangkan wanita-wanita yang terhormat. Tetapi sekarang, dengan usaha giat Syaitan dan kuncu-kuncunya telah dapat menukar persepsi masyarakat,

Sangat jelas kepada kita, norma-norma hidup masyarakat antarabangsa sekarang ini adalah dikuasai ditentukan oleh iblis dan syaitan.
12 peserta sedia beraksi
Setelah menjelajah ke lima bandar besar untuk sesi uji bakat, satu-satunya program realiti tarian krew jalanan atau battle Dance, Showdown 2010 kini memperkenalkan peserta teratas 12 yang berjaya ke peringkat seterusnya dan beraksi di pentas Showdown 2010.

Hentikan segala kritikan

Kritikan tidak akan mengubah sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri kamu sendiri. Setiap orang berubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri, perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri, perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri kamu.

Sokonglah diri sendiri

Cari jalan untuk menyokong diri sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.

Pujilah diri kamu

Kritikan meruntuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.

Jangan menakutkan diri sendiri

Berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.

Bersikap baik terhadap minda kamu

Membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.

Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar

Berlemah lembutlah terhadap diri sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang lain melayani kamu sedemikian rupa.

Usah membenci musuh-musuh kamu

Pujian yang kamu berikan kepada mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.

Ambil berat tentang kesihatan

Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.

Cermin diri

Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. "Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu."

REMAJA, 1-14 MAC 1996, M/S 63

keputusan kemasuka ke Politeknik

keputusan ke Politeknik bagi calon2 SPM 2009 dikeluarkan pada hari ini,so kpd pljr yg memohon utk msuk ke POli boleh lah menyemak keputusan anda..tahniah diucapkan kpd pljr yg lyk!!!

kelas fardhu ain

Semua dijemput hadir ke kelas fardhu ain yg diadakan di Surau Kg Bt. Menunggol Selatan pada setiap hari selasa jam 9.00 pagi. Program ini adalah anjuran bersama penduduk Kg. Batu Menunggol dan pihak KEMAS..

Progaram Anak Angkat

Kg. Batu Menunggol menganjurkan Program Anak Angkat selama 2hari 1 malam.Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan para pelajar dengan kehidupan di desa..Seramai 50 orang pelajar mengikuti program ini.

Hari Ibu

10 mei nie hr ibu,s0 amk ksmptn nie utk lbh menghargai ibu anda.. Hepi Mothers day..

Happy Teachers Day

Kpd guru2 diseluruh Malaysia khususnya guru2 di SMK Pendang,pensyarah di UiTM Merbok selamat Hari Guru..Tingkatkanlah prestasi anda dlm usaha mendidik anak bangsa..